Panitia Matematik SMK Simpang Rengam telah mula ditubuhkan pada Januari 1999 di mana ketika itu menumpang di Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam 2. Kumpulan pertama pelajar adalah seramai 409 orang iaitu 216 pelajar perempuan dan 193 pelajar lelaki. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar kelas peralihan hingga Tingkatan 2 yang kebanyakannya diambil daripada SMK Dato' Abdul Rahman Andak. Pada awal penubuhannya, Panitia Matematik ini diterajui oleh Pn. Rahimah Bt Ibrahim (1999-2003). Kemudian diikuti oleh En Zulkifli B Hj Md Pungot (2004-2006) dan Pn. Asliza Bt Selamat (2007-2008). Bermula tahun 2009 Ketua Panitia Matematik telah diterajui oleh Tn. Hj Sulaiman Bin Hussin dimana beliau merupakan salah seorang Guru Cemerlang Matematik.